PETA MINDA
APA ITU PETA MINDA?
Peta minda ialah lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya yang bertujuan untuk percambahan fikiran, ingatan, pemikiran
visualisasi dan penyelesaian masalah orang ramai yang digunakan secara meluas. peta minda digunakan
dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan
di mana sering kali diajar sebagai “jaring” atau “penjaringan”, merancang dan
pengilustrasian.
KEBAIKAN PETA MINDA
KELEMAHAN PETA MINDA
- Menghasilkan
Nota
Setiap
kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas
yang mudah diterjemahkan dan diingati otak.
Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber
seperti buku, nota kuliah, teks syarahan, dan bahan bacaan,
- Ingat
Kembali
Setiap kali maklumat
diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang terlintas dalam fikiran
dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam
aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang
telah diulangkaji.
- Kreativiti
Setiap kali seseorang ingin
mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan
pemikirannya daripada pemikiran linear dan membantu memberikan idea-idea yang
baru dengan berkesan. Penggunaan peta
minda mampu menganggap setiap idea dalam peta minda sebagai pusat kepada peta
minda yang baru.
- Penyelesaian
Masalah
Setiap kali seseorang berhadapan
dengan permasalahan, peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu
dan hubung kait antara satu sama lain.
Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan
dengan pantas. Selain itu, peta minda mampu mengesan perbezaan ke atas aspek
situasi dan kepentingannya.
- Perancangan
Setiap kali seseorang merancang
sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat
berkaitan dengan mudah. Peta minda boleh
digunakan untuk merancang sebarang penulisan. Di samping itu, peta minda juga
boleh digunakan untuk merancang suatu aktiviti harian, kerangka karangan,
penulisan makalah, laporan dan persembahan.
KELEMAHAN PETA MINDA
1.
Apabila
seseorang terlalu banyak menggunakan kata kunci atau ringkasan yang hanya difahami
oleh pemiliknya sahaja akan menyebabkan peta minda itu sukar difahami oleh
orang lain. Hal ini menyukarkan orang lain membuat rujukan mengenai peta minda
tersebut.
2.
Cara
berfikir seseorang akan berpercah. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu
sukar untuk fokus akan sesuatu perkara. Keadaan ini berlaku apabila banyak idea
yang terhasil untuk dicatatkan dan menyebabkan kesukaran untuk fokus akan
sesuatu perkara.
Comments
Post a Comment